Bosannya Raya Tahun Nie
Tahun ini membuat aku bosan selama seminggun. Terlalu bosan sehinggakan aku terpaksa balik awal ke ipoh kerana menjadi pengapit saudara aku. Huh..!! Kenapa kolej aku hanya memberi cuti selama seminggu.? Tak sempat aku nak beraya ke rumah kawan-kawan aku dan kawan aku sendiri pun tak sempat beraya ke umah aku. Aduh..!! Final exam dah x lama lagi. Kemudian datang la pula dgn assingment yang memeningkan kepala aku. Aku mahukan masa untuk aku tumpukan perhatian dalam pelajaran aku. Tetapi dengan assignment yang banyak menyebabkan jadual masa aku tergantung dan menjadi huru-hara seketika. Hmmm..!! Apa lah yang harus aku laku kan ini. Masa dah semakin suntuk. 3 minggu lagi final examination. Arrgghh..!! Kepada kawan-kawan jangan la ambil cara aku ini sebagai contoh. Nanti korang menyesal kemudian. Dah la Paper Math aku gagal. Aku perlu tumpukan perhatian aku pada kertas Math aku. Klu sesiapa yang bleh bantu aku atau memberi tip mcm mana nak settle kan hal aku nie, please di persilakan. Hmmm..!! Blog ini menjadi sebahagian Dairi aku yang x pernah aku buat di atas kertas dairi aku sendiri.
2nd time raya in Kuala Lumpur
Dipagi yang indah pada 1 oktober 2008 persamaan 1 shawal, perasaan aku terasa kepiluan ketika aku bangun diri tido, solat sunat aidilfitri, bersalaman bersama keluarga, dan menziarah rumah kawan. Tahun ini sekali lagi aku beraya di Kuala Lumpur dengan sahabat-sahabat andai yang mana tidak pulang ke kampung. Aku merasakan keindahan alam yang memberi sinar kepada muka-muka mereka yang menghayati kenikmatan raya pada tahun ini. Walau tidak kesempatan beraya di kampung ku "Besut, Terengganu" bersama saudara-mara yang setiap kali sambut hari raya di kampung, suasana raya lain dari Kuala Lumpur. Dengan persiapan raya pada sehari sebelum raya, gelak-ketawa bersama sanak saudara, menolong pasang lampu pelita, main bunga api/mercun"walaupun di larang", namun kenangan itu tetap akan aku kenang ke akhir hayat. Walaupun sambutan hanya setahu sekali. Tetapi bagi umat islam adalah amat bermakna dalam hidup mereka. Akhir kata Salam Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin Jikalau ada terkasar bahasa, tutur bicara, yang terkeluar dari aku ini. Kepada kawan-kawan yang masih mengingati aku, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. P/S = kepada rakan-rakan, jangan makan banyak sangat time raya ini, jaga badan la kalau bleh, x nak lah berat badan dari 2 angka ke 3 angka kan. HuHu. Lain lah mcm aku dah di takdirkan 3 angka. HaHa.
Sekian.
LoVe Dino